Wednesday, March 26, 2008

Selamat Datang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terbuka hati saya nak blogging jugok....seblom ni duk baca blog orang jer.... niat saya adalah untuk berkongsi cara saya analisis dan juga sebagai panduan/peringatan kepada saya pada masa akan datang. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru2 forex saya iaitu debtfreedom dan soros1. Tidak lupa guru2 didalam forum nogold, carigold, fxmalay, forexfactory, forex-std, babypips dan dot dot dot kerana sudi berkongsi ilmu2 secara ikhlas. Mungkin tidak semua ilmu yang dicurahkan itu saya apply dalam trading saya, tetapi saya anggapkan sebagai pembuka jalan kepada ilmu2 baru yang lain. Saya amat suka mengkaji ilmu2 baru dalam forex dan mencubanya. Saya tidak membina sekatan didalam minda saya untuk menerima ilmu2 baru. Saya juga berharap saya dapat menghasilkan satu indicator saya tersendiri hasil gabungan ilmu2 yang telah dipelajari. Itu sahaja sebagai kata2 pembuka dan semoga rakan2 mendapat manfaat daripada analisa saya ini.

Sekian.

-AnokWek-