Thursday, October 16, 2008

Retracement Berakhir pada 61.8% Fibonacci


Retracement yang dijangkakan mencecah 50% telah berlaku tetapi ianya berhenti di fibonacci 61.8%. Setelah dikaji berkenaan indicator untuk menentukan retracement telah berakhir ataupun tidak, saya dapati bahawa AO dan AC lebih tepat sebagai panduan kita dan dot biru dan merah adalah sesuai untuk shortterm target. Kita boleh memilih untuk menutup posisi short kita pada tanda dot biru yang muncul setelah price mencecah 38.2% fibonacci dan membuka posisi long, tetapi jika diperhatikan AO dan AC pada ketika itu masih lagi berwarna merah yang menunjukkan market masih lagi downtrend.


Graf TFH30 diatas merupakan graf yang disertakan beberapa indikator baru yang saya sedang mengujinya untuk memantapkan lagi sistem saya. Indikator tersebut saya perolehi daripada beberapa forum yang saya layari. Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada tuan punya asal indikator tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi hasil kajian mereka. Saya dapati indikator-indikator tersebut agak tepat untuk menentukan halatuju market semasa. Semoga penambahan ilmu yang diperolehi dapat berdasarkan indikator tersebut mendatangkan nilai yang lebih samada dari segi keuntungan wang ringgit atau pun pips. Jika diperhatikan pada bulatan berwarna merah, ianya menunjukkan kekuatan bahawa retracement yang berlaku telah berakhir dan market sedang menuju kepada maintrend. Oleh itu saya membuka posisi long berdasarkan analisa tersebut.

Wednesday, October 15, 2008

Retracement di TFH4


Graf pada TFH4 menunjukkan retracement sedang berlaku. Kekuatan retracement adalah dirujuk kepada bulatan yang berwarna merah. Dijangkakan retracement boleh mencecah kepada 50% garisan fibonaci. Selepas itu kemungkinan market akan mula menuju kepada maintrend. Tanda-tanda untuk menentukan retracement hampir berakhir adalah merujuk kepada munculnya garisan hijau kepada AC ataupon dot berwarna biru. Selepas itu AO juga akan bertukar warna kepada hijau. Untuk makluman, bar pada AC adalah lebih cepat bertukar warna berbanding AO.


Jangkaan saya maintrend masih lagi kuat kepada Bull, bulatan merah pada Graf D1 diatas menunjukkan kekuatan kepada analisis saya. AO masih lagi berwarna hijau dan AC telah muncul diatas garisan 0 (kosong).

Tuesday, October 14, 2008

Analisis GU - Daily

GU pada graf D1 menunjukkan strong uptrend. Oleh itu strategi untuk trading pada hari berikutnya adalah membuka pada posisi buy sahaja. Order boleh dibuka dengan melihat pada TF30 atau TFH1. Peluang membuka posisi buy diambil ketika waktu retracement berpandukan kepada AO, Fractal @ Brain Signal(dot biru@merah) pada TF ini.

Wednesday, March 26, 2008

Selamat Datang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terbuka hati saya nak blogging jugok....seblom ni duk baca blog orang jer.... niat saya adalah untuk berkongsi cara saya analisis dan juga sebagai panduan/peringatan kepada saya pada masa akan datang. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru2 forex saya iaitu debtfreedom dan soros1. Tidak lupa guru2 didalam forum nogold, carigold, fxmalay, forexfactory, forex-std, babypips dan dot dot dot kerana sudi berkongsi ilmu2 secara ikhlas. Mungkin tidak semua ilmu yang dicurahkan itu saya apply dalam trading saya, tetapi saya anggapkan sebagai pembuka jalan kepada ilmu2 baru yang lain. Saya amat suka mengkaji ilmu2 baru dalam forex dan mencubanya. Saya tidak membina sekatan didalam minda saya untuk menerima ilmu2 baru. Saya juga berharap saya dapat menghasilkan satu indicator saya tersendiri hasil gabungan ilmu2 yang telah dipelajari. Itu sahaja sebagai kata2 pembuka dan semoga rakan2 mendapat manfaat daripada analisa saya ini.

Sekian.

-AnokWek-