Thursday, October 16, 2008

Retracement Berakhir pada 61.8% Fibonacci


Retracement yang dijangkakan mencecah 50% telah berlaku tetapi ianya berhenti di fibonacci 61.8%. Setelah dikaji berkenaan indicator untuk menentukan retracement telah berakhir ataupun tidak, saya dapati bahawa AO dan AC lebih tepat sebagai panduan kita dan dot biru dan merah adalah sesuai untuk shortterm target. Kita boleh memilih untuk menutup posisi short kita pada tanda dot biru yang muncul setelah price mencecah 38.2% fibonacci dan membuka posisi long, tetapi jika diperhatikan AO dan AC pada ketika itu masih lagi berwarna merah yang menunjukkan market masih lagi downtrend.


Graf TFH30 diatas merupakan graf yang disertakan beberapa indikator baru yang saya sedang mengujinya untuk memantapkan lagi sistem saya. Indikator tersebut saya perolehi daripada beberapa forum yang saya layari. Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada tuan punya asal indikator tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi hasil kajian mereka. Saya dapati indikator-indikator tersebut agak tepat untuk menentukan halatuju market semasa. Semoga penambahan ilmu yang diperolehi dapat berdasarkan indikator tersebut mendatangkan nilai yang lebih samada dari segi keuntungan wang ringgit atau pun pips. Jika diperhatikan pada bulatan berwarna merah, ianya menunjukkan kekuatan bahawa retracement yang berlaku telah berakhir dan market sedang menuju kepada maintrend. Oleh itu saya membuka posisi long berdasarkan analisa tersebut.

No comments: