Thursday, June 25, 2009

Post Mortem Analisis EU - 24/06/09

Semalam saya ada membuat kesilapan pada analisis saya. Mungkin terpengaruh dengan sifat tamak sehingga analisis yang dibuat adalah dalam keadaan tergesa-gesa dan dengan emosi yang tidak stabil. Sepatutnya saya kena membuat analisis dalam keadaan tenang. Jika dilihat pada chart TF15 dibawah, market pada vertical line yang berwarna merah menunjukkan tanda-tanda uptrend. Saya memasuki market pada masa tersebut dengan andaian market akan naik sebanyak 15 pips. Saya hanya target 15 pips saya untuk post tersebut. Tetapi tetiba sahaja market berlawanan dengan analisa saya. Kesilapan kedua saya ialah saya hanya berpandukan analisa pada TF15 sahaja, tidak seperti biasa dimana saya merujuk kepada TFH4 sebagai strategi saya untuk memasuki market dimana saya akan membuka post berdasarkan trend pada TFH4. Jika dilihat pada TFH4 pada vertical line merah, market adalah dalam keadaan kuat downtrend. Kesilapan ketiga saya adalah saya tidak keluar dengan segera apabila saya sedar analisis yang dibuat adalah salah. Semoga kesilapan ini dapat dielakkan dimasa hadapan.


No comments: